Nama Ahli Kumpulan : 1.MUHAMMAD SYAMIL HANIF BIN AB RASHID
08DKA14F1055
2.MUHAMMAD NUR HAKIM BIN MAHDZAR
08DKA14F1035
3.AMAR BIN ZAMRI
08DKA14F1043
4.MUHD AMIRUL HAKEEM BIN ABDUL LATIP
08DKA14F1031
5.MUHAMAD HAFEIZI BIN MOHD MOKHTAR
08DKA14F1138
Program :Diploma Kejuruteraan Awam
Sesi :Jun 2014
Jabatan :Kejuruteraan Awam
Nama Pensyarah :HASLINA BINTI ABDULLAH
Isi-isi penting semasa proses tinjauan awal:
1.Latar belakang pembentukan Malaysia.
idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu,iaitu Tunku Abdul Rahman.
2.Reaksi Sarawak,Sabah,Brunei dan Singapura.
setelah idea pembentukan Malaysia dikemukakan kepada masyarakat awam dan rakyat dari wilayah-wilayah terbabit,Tunku abdul Rahman menerima pelbagai maklum balas dan respons.Terdapat golongan yang menyokangdan tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan idea tersebut.
3.Reaksi Negara-negara ASEAN.
Selain cabaran yang datang dari wilayah-wilayah yang terbabit dengan pembentukan Malaysia seperti Sabah,Sarawak,Brunei dan Singapura,Tunku Abdul Rahman juga perlu berhadapan dengan negara-negara jiran yang turut menentang penubuhan Persekutuan Malaysia.Anatra negara jiran yang memberi respons ialah Indonesia dan Filipina.
|
Pada 2 Januari 1956, 'Rombongan Kemerdekaan' pimpinan Tunku yang mewakili Perikatan yang terdiri daripada Tunku sendiri, S.H. Lee dan T.H. Tan di satu pihak dan satu pihak lagi mewakili Raja-raja Melayu iaitu Dato Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak), Abdul Aziz Abdul Majid (Menteri Besar Selangor), Dato' Wan Idris Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Johor) dan Dato' Nik Ahmad Kamil (bekas Menteri Besar Kelantan) telah berlepas ke Karachi dengan kapal Ital 'Asia' dan kemudiannya dengan kapal terbang ke London.
Pada 18 Januari 1956 rundingan kemerdekaan pun bermula. Pihak kerajaan British diwakili oleh Allen Lennox Boyd. Rundingan tersebut mencakupi pelbagai masalah termasuklah masalah Raja-raja Melayu, kedudukan pegawai-pegawai awam British yang sedang berkhidmat di Tanah Melayu dan lain-lain langkah peralihan yang perlu diputuskan sebelum kemerdekaan serta tarikh kemerdekaan yang menurut Tunku perlu disegerakan. Perundingan itu tamat setelah diadakan selama tiga minggu dengan kejayaan cemerlang di pihak Tunku Abdul Rahman. Pada 6 Februari 1956, beliau telah menurunkan tandatangan atas perjanjian 'Merdeka' bersama Lennox Boyd dalam satu istiadat sederhana di Lancester House.
Dua minggu setelah kembali ke Kuala Lumpur, tunku telah mula memegang Kementerian Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Beliau menjadi Pengerusi Majlis Gerakan Menghapuskan Darurat. Dalam pada itu berbagai-bagai masalah timbul mengenai soal hak kerakyatan dan satu undang-undang kerakyatan umum. Islam diterima sebagai agama rasmi dan rakyat bukan Melayu bebas mengamalkan agama mereka.
Pada malam 30 Ogos 1957, negara Malaysia penuh dengan keriangan. Beberapa minit sebelum tengah malam, Tunku Abdul Rahman tiba. Bendera Malayan Union Jack diturunkan tepat jam 12 tengah malam dan di tempatnya digantikan dengan bendera Persekutuan.
|
REAKSI SARAWAK, SABAH, BRUNEI, DAN SINGAPURA

Reaksi penentangan juga datang dari Brunei yang pada
peringkat awalnya menyokong malah menunjukkan minatnya untuk bersama-sama Sabah
dan Sarawak, serta Singapura untuk menyertai Malaysia. Persetujuan ini lahir
dari pertimbangan Sultan Brunei, Sultan Ali Sarifuddin yang memikirkan bahawa
negara Brunei adalah sebuah negara yang kecil dan memerlukan perlindungan.
Namun, Brunei akhirnya menolak pelawaan penggabungan ini atas beberapa faktor
seperti tentangan rakyat Brunei yang diwakili oleh Parti Rakyat Brunei yang
dipimpin oleh A.M. Azahari. Tentangan kuat yang diberikan oleh Parti Rakyat
Brunei ini juga mendapat sokongan dari Partai Komunis Indonesia.10 Parti Rakyat
Brunei telah melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Brunei dan
mencadangkan penubuhan Kerajaan Borneo Utara bagi menggantikan penubuhan
Malaysia. Pada pandangan pemerintah Brunei, sekiranya menyertai Malaysia dibimbangi
pemberontakan akan lebih merebak. Walau bagaimanapun, pemberontakan akhirnya
berjaya ditumpaskan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan Britain. Faktor lain ialah keengganan Sultan Brunei untuk membayar
cukai ke atas pendapatannya hasil dari petroleum seperti yang dicadangkan oleh
kerajaan Persekutuan, iaitu Brunei hanya berhak sepenuhnya ke atas pendapatan
petroleum untuk jangka masa sepuluh tahun. Sebaliknya, kerajaan Brunei menuntut
untuk menguasai sepenuhnya hasil petroleum tersebut. Selanjutnya, Sultan Brunei
menolak kedudukannya dalam senarai raja-raja yang akan menjadi Yang Di Pertuan
Agong. Baginda mahukan kedudukan yang lebih tinggi dan tempoh pemerintahan yang
lebih lama, iaitu sejak pemerintahannya di Brunei dan bukannya sejak Brunei
menyertai Malaysia.
Bagi Singapura, cadangan penggabungan untuk gagasan Malaysia
memang ditunggu-tunggu. Sebelum itu pun, melalui pemimpinnya seperti David
Marshall dan Lee Kuan Yew telah mendesak supaya British mengadakan rundingan
untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura. Antara sebab
hasrat itu dituntut oleh Lee Kuan Yew kerana Pengaruh Barisan Sosialis yang
memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura akan melemahkan parti pimpinannya
Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan menggugat rancangan British untuk memerdekakan
Singapura. Di samping itu, gagasan ini disokong kerana ancaman komunis yang
masih ada dan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman membanteras
kegiatan komuis tersebut. Pemimpin Singapura juga menyokong dengan
terlaksananya gagasan Malaysia, Singapura akan memperoleh kemerdekaan dengan
lebih cepat. Oleh itu apabila Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan
penggabungan pemimpin Singapura lebih berikap proaktif dan menyokong segala
usaha ke arah itu.
Sebelum Tunku Abdul Rahman mengumumkan persetujuan penubuhan
Malaysia, di Sarawak hanya terdapat dua buah pertubuhan politik iaitu Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pimpinan Ong Kee Hui yang majoritinya penduduk
Cina dan Parti Negara Sarawak (PANAS) dipimpin oleh Dato Bandar Abang Haji
Mustapha yang ahlinya terdiri daripada orang Melayu. Kemudian orang Iban pula
menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di bawah pimpinan Stephen Kalong
Ningkan. Setelah pengumuman dibuat parti-parti politik di Sarawak mula
berkembang dengan hebatnya seperti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA)
dipimpin oleh Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Talib Mahmud, Parti Pesaka Anak
Sarawak (PESAKA) dipimpin oleh Temenggung Jugah Anak Barieng dan Sarawak
Chinese Association (SCA).
Pada asalnya cadangan penubuhan Malaysia ini kurang mendapat
sokong parti di Sarawak, terutama SUPP yang bimbang dengan bentuk penjajahan
baru ke atas Sarawak dan SNAP yang bimbang orang bukan Melayu dan peribumi
hilang identitinya. Ada juga parti yang mahu supaya Sarawak merdeka terlebih
dahulu sebelum menyertai gagasan tersebut dan takut ekonomi Sarawak dikuasai
oleh Kerajaan Pusat. Namun selepas lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 ke
Sarawak, pada bulan Oktober 1962 kesemua parti politik ini kecuali SUPP telah
bersetuju untuk bergabung nembentuk Parti Perikatan Sarawak dan menyokong usaha
tersebut atas alasan untuk mempercepat kemerdekaan Sarawak, meningkatkan
pelaburan dan perkembangan industri pertanian, mengimbangi jumlah dan kadar
pertumbuhan kaum di Sarawak. Dengan sokongan yang diberikan akhirnya Sarawak
telah bersetuju untuk bersama-sama dalam proses pembentukan Malaysia.
Bagi Sabah pula, sebelum pengumuman Tunku Abdul Rahman untuk
membentuk gagasan Malaysia belum wujud lagi parti-parti politik. Parti-parti
mula ditubuhkan apabila usul cadangan penggabungan dilakukan untuk mengemukakan
pandangan dan mendapatkan sokongan tentangan cadangan gagasan Malaysia seperti
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO Jun 1961) dipimpin oleh Donald
Stephens, Pertubuhan kebangsaan Sabah Bersatu ( USNO Disember 1961) dipimpin
oleh Datu Mustapha Datu Harun, Parti Pasok Momugun ( Jun1966 ) dipimpin oleh
G.S. Sundang dan Parti Demokratik dipimpin oleh Peter Chin. Sama seperti
Sarawak, parti-parti di Sabah ini juga menentang dengan alasan yang sama iaitu
UNKO bimbang orang bukan Melayu dan kaum peribumi Sabah kehilangan identity dan
dikuasai oleh orang Melayu, politik dan ekonomi Sabah akan dikuasai oleh
Kerajaan Pusat, mahukan kemerdekaan terlebih dahulu diberikan serta bimbang
tentang isu kemajuan ekonomi dan sosial.
Setelah lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 yang
menjelaskan kedudukan penggabungan tersebut akhirnya parti-parti politik Sabah
bersetuju untuk menyertai gagasan Malaysia. Dalam pada masa yang sama Sabah dan
Sarawak telah buat tuntutan sebagai syarat untuk menyertai Malaysia. Syarat ini
dikenali sebagai Perkara 20 yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang
baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan yang bertujuan untuk melindungi hak dan
kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak. Perkara 20 tersebut merangkumi Ketua
Negeri, Bahasa Kebangsaan, Agama Islam, kedudukan istimewa penduduk asal negeri
dan hal ehwal imigresen, kerakyatan, peruntukan kewangan dan pelajaran. Setelah
bersetuju dengan syarat tersebut barulah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu
dengan Sabah dan Sarawak akan dilakukan.
REAKSI NEGARA-NEGARA ASEAN
Walaupun dasar penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan
Singapura, Sabah dan Sarawak telah dipersetujui namun pihak Indonesi dan
Filipina tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Oleh hal yang demikian maka
timbullah konflik di Indonesia dan Filipina terhadap hasrat gagasan Malaysia.
Pihak Indonesia telah berpendapat pembentukan Malaysia
merupakan satu bentuk neokolonialisme baru yang bakal mengancam
Indonesia.Tambahan pula, pada ketika itu peranan Parti Komunis Indonesia telah
berjaya mempengaruhi Presiden Soekarno. Untuk itu, Indonesia yang pada asalnya
tidak membantah, telah bertindak mengisytiharkan dasar konfrontasi terhadap
Malaysia dengan melancarkan konsep Ganyang Malaysia 1963. Mereka telah
menghantar pengintip ke Tanah Melayu untuk merosakkan hasrat gagasan tersebut
secara sulit. Tindakan melakukan serangan terhadap kapal-kapal nelayan dan
pencerobohan ruang udara Tanah Melayu dilakukan melalui Johor, Sabah dan
Sarawak. Di samping itu, Indonesia bertindak memburuk-burukkan nama Malaysia di
Negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga.
Untuk menghadapi ancaman Indonesia, Malaysia telah
mendapatkan bantuan tentera Komanwel Britain, Australia, New Zealand dan
Kanada. Tunku Abdul Rahman juga telah menghantar bantahan kepada Setiausaha
Agung Bangsa-bangsa Bersatu. Tun Abdul Razak pula telah mengadakan lawatan ke
negara-negara Afrika untuk menjelaskan situasi yang sebenar tentangan hubungan
diplomatik Malaysia dan Indonesia.
Sama seperti kedudukan Indonesia, Filipina turut bertindak
membantah pembentukan Malaysia. Menerusi Presiden Macapagal, Filipina telah
bertindak menuntut hak ke atas Sabah yang didakwanya sebahagian daripada
Kesultanan Sulu. Berdasarkan catatan sejarah Sabah telah dipajakkan oleh Sultan
Jamalul Alam kepada Baron Von Overback pada 1878 yang kemudian menjualkan
haknya kepada Alfred Dent yang menubuhkan syarikat perdagangan yang dikenali
sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB) pada tahun 1881. Selepas Perang
Dunia kedua, SBUB telah menyerahkan Sabah kepada British. Namun waris Sultan
Sulu Sultan Ismail Kuram telah menamatkan pajakan tersebut pada 1958. Oleh
sebab Kesultanan Sulu telah tamat dan sebahagiannya di bawah tadbiran Filipina,
maka Filipina menganggap Sabah adalah sebahagian wilayahnya. Sehubungan dengan
itu, Filipina telah menuntut Sabah dikembalikan kepadanya. Namun pada tahun
1966, Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia. Malaysia, Indonesia dan
Filipina bersetuju mengadakan rundingan dengan menubuhkan MAPHILINDO untuk
menyelesaikan pembentukan Malaysia.
.jpg)

KESIMPULAN
Kejayaan pembentukan Malaysia merupakan suatu cabaran untuk
semua pemimpin Tanah Melayu ketika itu. Walaupun pelbagai rintangan terpaksa
dilalui namun atas kesabaran serta kesungguhan mereka, Malaysia telah berjaya
dibentuk apabila mendapat sokongan yang padu daripada pemimpin-pemimpin dan
parti-parti di Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaupun Singapura telah menarik
diri pada tahun 1965, hasrat pembentukan Malaysia ini telah berjaya sehingga ke
hari ini Malaysia telah maju dari segi politik, sosial dan ekonominya.
Sumber Rujukan :
1.Buku Pengajian Malaysia
2.Buku Teks Tingkatan 5
3.www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-1963
4.www.slideshare.net/sejarah-pembentukan-malaysia
5.redzuan-ridz.blogspot.com